Apa itu kaunseling? Mitos khidmat kaunseling atau pendapat umum mengenai kaunseling adalah seperti kaunseling itu nasihat, hubungan kaunseling hanya sehala, kaunseling lebih mementingkan masalah daripada manusia (klien), kaunseling menyelesaikan masalah atau persoalan hidup, dan kaunseling hanya untuk mereka yang mempunyai sakit jiwa (mental).
Terdapat beberapa definisi kaunseling yang telah dikemukakan oleh pakar-pakar kaunseling mengenai perkhidmatan ini. Setiap definisi bergantung pula kepada teori yang digunakan. Menurut Blocher (Shertzar & Stone,1974), beliau mendefinisikan kaunseling sebagai satu proses interaksi yang menggerakkan permahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran serta menghasilkan pembetukan, penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkahlaku masa depan.
Burks dan Steffle (George & Cristiani,1990), pula mendefinisikan kaunseling sebagai suatu perhubungan yang profesional di antara seorang kaunselor terlatih dengan seorang klien. Perhubungan ini kadangkala melibatkan lebih daripada dua individu. Iannya hanya bertujuan membantu klien memahami dan menjelaskan pandangan mereka terhadap ruang kehidupan dan belajar mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna serta melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emsional antara individu.
“Counselling is a process that helps people learn about themselves, their environment and ways to handle their roles and relationship.”
(Hansen, Ressberg & Cramer,1994)
Di Malaysia, Persatuan Kaunseling Malaysia (PEKAMA, 1998) mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan (berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling), mencapai satu perubahan, kemajuan dan penyelesaia yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyelesaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.
Walaupun terdapat pelbagai definisi tentang kaunseling, namun ia dapat dirumuskan sebagai satu proses pertolongan profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekeliling. Individu perlu melihat peranan dan sumbangannya kepada alam sekeliling. Dalam masa yang sama, individu perlu memahami pengaruh alam sekeliling ke atas dirinya.
Saturday, June 19, 2010
Apa itu BAKA???
BAKA ialah singkatan kepada Bahagian Agama & Kaunseling. BAKA merupakan salah satu bahagian di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mula beroperasi secara rasmi pada 1 jun 2007. kementerian kewangan melalui perakuan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan perjawatan cadangan penubuhan Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) PDRM melalui Waran Penjawatan Bil. K41 Tahun 2007 bertarikh 3 April 2007.
sebanyak 1435 perjawatan baru telah diwujudkan dan 25 perjawatan sedia ada telah dimansuhkan. sebanyak 3 elemen telah diwujudkan dalam BAKA iaitu ;-
1. Unit Agama
2.Unit Kaunseling
3. Unit Pentadbiran
Sebelum ini penubuhan BAKA, PDRM telah mempunyai satu unit yang menguruskan hal ehwal kaunseling dalam PDRM. Manakala hal ehwal agama Islam tidak tercatat unit khusus yang menguruskannya walaupun terdapat 75 orang pegawai dalam Skim Hal Ehwal Islam gred S17 yang ditugaskan untuk menguruskan hal ehwal berkaitan dengan keagamaan dalam PDRM. Dengan penubuhan BAKA ini, kedua-dua fungsi ini telah dicantumkan di bawah satu bahagian yang dinamakan sebagai Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) PDRM.
Bahagian ini diketuai oleh Timbalan ketua Urusetia ketua Polis Negara yang berpangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya ll (SAC ll).Bahagian ini diletakkan di bawah Setiausaha Polis Malaysia (SUPM). Bahagian ini mengandungi tiga cawangan utama iaitu Cawangan Agama,Cawangan Kaunseling, dan Cawangan Pentadbiran.
Penubuhan BAKA bertujuan untuk memantapkan integriti pasukan dengan nilai-nilai murni dalam melahirkan warga PDRM yang lebih berkualiti melalui pendekatan kerohanian dan kaunseling.

Subscribe to:
Posts (Atom)