Saturday, June 19, 2010

Apa itu BAKA???

BAKA ialah singkatan kepada Bahagian Agama & Kaunseling. BAKA merupakan salah satu bahagian di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mula beroperasi secara rasmi pada 1 jun 2007. kementerian kewangan melalui perakuan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan perjawatan cadangan penubuhan Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) PDRM melalui Waran Penjawatan Bil. K41 Tahun 2007 bertarikh 3 April 2007.

sebanyak 1435 perjawatan baru telah diwujudkan dan 25 perjawatan sedia ada telah dimansuhkan. sebanyak 3 elemen telah diwujudkan dalam BAKA iaitu ;-
1. Unit Agama
2.Unit Kaunseling
3. Unit Pentadbiran

Sebelum ini penubuhan BAKA, PDRM telah mempunyai satu unit yang menguruskan hal ehwal kaunseling dalam PDRM. Manakala hal ehwal agama Islam tidak tercatat unit khusus yang menguruskannya walaupun terdapat 75 orang pegawai dalam Skim Hal Ehwal Islam gred S17 yang ditugaskan untuk menguruskan hal ehwal berkaitan dengan keagamaan dalam PDRM. Dengan penubuhan BAKA ini, kedua-dua fungsi ini telah dicantumkan di bawah satu bahagian yang dinamakan sebagai Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) PDRM.

Bahagian ini diketuai oleh Timbalan ketua Urusetia ketua Polis Negara yang berpangkat Penolong Kanan Pesuruhjaya ll (SAC ll).Bahagian ini diletakkan di bawah Setiausaha Polis Malaysia (SUPM). Bahagian ini mengandungi tiga cawangan utama iaitu Cawangan Agama,Cawangan Kaunseling, dan Cawangan Pentadbiran.

Penubuhan BAKA bertujuan untuk memantapkan integriti pasukan dengan nilai-nilai murni dalam melahirkan warga PDRM yang lebih berkualiti melalui pendekatan kerohanian dan kaunseling.

No comments:

Post a Comment